WERDER BREMEN 2 BORUSSIA DORTMUND 2
Lucien Favre mempertahankan Roman Burki selepas penjaga gol itu melakukan kesilapan yang membenarkan Werder Bremen bangkit mengikat Borussia Dotmund 2-2 dalam aksi Bundesliga di Weserstadion, awal pagi tadi, sekali gus menjejaskan peluang mereka untuk merebut kejuaraan musim ini.
Dortmund mendahului 2-0 dalam babak pertama hasil jaringan Christian Pulisic dan Paco Alcacer, namun Burki membenarkan rembatan Kevin Mohwald dari jarak 25 ela menembusi di antara tangan dan kakinya pada minit ke-70 sebelum Claudio Pizarro menjaringkan gol penyamaan, lima minit kemudian.
Keputusan seri itu tiba selepas Dortmund ditewaskan Shcalke 4-2 minggu lalu, namun Favre enggan menyalahkan mana-mana pemainnya walaupun harapan untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak tujuh tahun lalu semakin pudar.
Dengan memberikan sokongan penuh terhadap Burki, Favre berkata kepada wartawan: "Walau apapun yang terjadi malam ini, dia telah beraksi dalam musim terbaiknya.
"Dia juga banyak menyelamatkan mata kami sebelum ini.
"Pemain amat kecewa, namun mereka telah beraksi baik.
"Kami mempunyai dua peluang untuk menjadikan kedudukan 3-0, malangnya kami dibolosi dua gol," katanya.
Dengan hanya berbaki dua perlawanan musim ini, Dortmund ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Bayern Munich, namun Favre masih belum mahu mengaku kalah.
Menjelang pertemuan dengan Fortuna Dusseldorf sebelum bertandang ke Borussia Monchengladbach dalam perlawanan terakhir, Favre tidak menolak pasukannya memerlukan bantuan daripada RB Leipzig dan Eintracht Frankfurt dalam dua perlawanan terakhir Bayern.
"Kami perlu memenangi perlawanan seterusnya dan berharap Bayern tewas kepada Leipzig.
"Kami bukanlah pemimpi, namun anda tidak tahu apa yang akan berlaku," tambahnya.