Skip to main content

Bola Sepak

FAS sedia penuhi hasrat Sathianathan

dr-johan-selangor-fas.jpg
Selangor pancing Thiago Augusto Fernandes?

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bersedia memenuhi kehendak jurulatih, B. Sathianathan, untuk mendapatkan khidmat penyerang baru dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M), bermula Khamis ini jika bersesuaian dengan peruntukan pasukan.

Sathianathan meluahkan kehampaan dengan keadaan pasukannya selepas terikat 1-1 ketika bertandang ke Stadium Darulaman menentang Kedah, kelmarin. 

Bekas jurulatih kebangsaan itu mengakui sangat memerlukan seorang penyerang tulen untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Rufino Segovia yang masih dibelenggu kecederaan dengan calon utamanya dipercayai bekas anak buahnya di Felda United, Thiago Augusto.

Mengulas lanjut permintaan tersebut, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, berkata: "Kami melihat ada beberapa kekurangan Selangor yang perlu diambil berat. 

"Bagaimanapun, keputusan yang dibuat akan berpandukan peruntukan dan pakej pemain yang ditawarkan. 

"Dalam masa sama, kami cuba mencari penaja untuk menampung kehadiran pemain terbabit."

Difahamkan, calon utama Sathianathan ialah penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Rozaimi Abdul Rahman, tetapi hari ini jurulatih itu mengesahkan hasrat untuk membawa masuk pemain dari Sabah itu mungkin tidak kesampaian.

"Saya minta seorang penyerang tetapi bukanlah untuk menggantikan sesiapapun, sebaliknya bertujuan untuk meningkatkan pasukan. 

"Kami kini di tangga keempat dan oleh sebab itu, kami perlu kekalkan prestasi dengan menjaringkan gol. 

"Kalau gagal melakukannya, kami tidak akan mendapat mata penuh," jelas Sathianathan lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video