Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk merehatkan pemain dari Sepanyol, Rufino Segovia daripada baki saingan perlawanan ekoran kecederaan yang serius.
Kehadiran penyerang, Ifedayo Olusegun, menyaksikan Selangor memiliki lebihan seorang pemain import menjelang jendela perindahan kedua ini.
Menurut Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, persatuan telah membuat keputusan selepas doktor menasihatkan Rufino untuk berehat dan menjalani pemulihan dalam tempoh yang panjang.
Bagaimanapun, pemain berusia 34 tahun itu tidak ditamatkan kontraknya meskipun dijangka hanya beraksi semula musim hadapan.
"Kami mengambil keputusan untuk mendapat Endrick dan merehatkan Rufino. Penyerang itu harus direhatkan sehingga November dan akan kembali beraksi musim hadapan," kata Johan.
Johan menganggap ia kehilangan besar buat skuad The Red Giants untuk berhadapan dalam baki saingan Liga Super 2019 apatah lagi Rufino telah membantu pasukan itu meledak 31 gol musim lalu.
"Kehilangan pemain terbaik adalah satu kekecewaan dan kehadiran beberapa pemain lain diharap dapat menampung ketiadaan Rufino bagi baki musim ini."