Skip to main content

Bola Sepak

Farisham mahu Kelantan pamer aksi terbaik

kelantan.jpg
Kapten Kelantan, Farisham Ismail, menuntut kerjasama berpasukan untuk mengekalkan aksi ampuh di benteng akhir tatkala kapten Sabah, Rawilson Batuil, berharap pasukannya mampu meraih bekalan dalam pertemuan suku akhir Piala Malaysia Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Skuad Kelantan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan terakhir di laman sendiri.

Malah, mereka juga ampuh di bahagian pertahanan apabila tidak dibolosi dalam tiga aksi terakhir ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), MISC-MIFA dan Kedah.

Memberi petanda positif untuk perlawanan menentang Sabah, Farisham selaku tonggak pertahanan mahu semua pemain menggandakan usaha bagi mencapai misi itu.

"Saya berharap kami dapat meneruskan momentum dalam perlawanan ini. Kami bertahan sebagai sebuah pasukan dan ia sangat penting," kata Farisham.

Benteng akhir Kelantan, bagaimanapun, akan berdepan ujian getir kerana lawan mempunyai rekod baik dalam menghasilkan gol di tempat lawan.

Ini dibuktikan menerusi lima gol daripada tiga aksi di tempat lawan dalam kempen Piala Malaysia musim ini ditunjangi aksi mantap penyerang import, Hector Ramos.

"Harapan saya dalam aksi berdepan Kelantan adalah kemenangan di tempat lawan. Mara ke suku akhir di atas kerja keras yang dipamerkan, saya mahu Sabah dapat memastikan kemenangan," kata Rawilson.
 

Advertisement

Must Watch Video