Pemain gantian, Farhan Roslan, muncul wira Kedah selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70 untuk meraih keputusan 1-0 menewaskan Terengganu dalam separuh akhir pertama Piala FA, malam tadi.
Kedah turun dengan azam melakar kemenangan selesa sebagai bekalan ke Kuala Terengganu ketika lawan juga mempamerkan keazaman tinggi mencipta kejutan di Stadium Darulaman.
Terengganu bermula garang pada minit keempat apabila lorongan Mohd Faiz Nasir hampir disudahkan Issey Farran Nakajima sebelum dinafikan Ifwat Akmal.
Tuan rumah akhirnya mendapat rentak menyusun serangan pada minit ke-12 bermula daripada gerakan individu Syazwan Zainon, namun rembatannya tepat ke arah penjaga gol.
Amierul Hakimi Awang yang bertindak sebagai penjaga gol Terengganu sekali lagi cemerlang sembilan minit kemudian apabila kali ini dia menolak keluar sepakan deras Baddrol Bakhtiar.
Dalam babak kedua, Sharin Sapien yang menerima umpanan Lazaro Alves gagal memastikan sepakan lambung yang dilakukannya tepat ke arah gawang pada minit ke-62.
Akhirnya, Farhan Roslan yang baharu dimasukkan selama tiga minit menggantikan Sandro Da Silva, menggamatkan suasana melalui tendangan kencang sebagai menyudahkan lintangan Ken Ilso dalam kotak penalti ketika perlawanan berbaki 20 minit.
Usaha pelawat menyamakan kedudukan terjejas apabila pertahanan, Adib Aizuddin, dilayangkan kad merah pada minit ke-77 selepas mengutip kad kuning kedua.
"Dalam perlawanan ini, kami berjaya elak dibolosi sebarang jaringan supaya tidak memberikan kelebihan kepada pasukan lawan untuk perlawanan akan datang. Saya percaya pemain-pemain kami telah memberikan yang terbaik," kata pengurus pasukan, Datuk Jeffrey Low.
"Terengganu telah memberikan tumpuan sepanjang perlawanan, namun masih gagal untuk menguasai permainan di bahagian tengah," kata pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim.