Kejayaan Kedah mara ke final Piala FA mencetuskan perasaan cukup beremosi buat dua tonggak, Farhan Roslan dan David Rowley, berikutan masing-masing tidak menyangka akan berada di pentas itu.
Farhan kembali sejak April lalu setelah tersisih ekoran kecederaan lutut -- anterior cruciate ligamen (ACL) -- yang menimpanya tahun lalu.
Dalam tempoh dua bulan kemunculan semulanya, dia bingkas merebut posisi sayap kiri sementara dapat menyesuaikan diri dengan percaturan jurulatih, Aidil Sharin Sahak, yang menyaksikannya meledak gol kedua perlawanan pada minit ke-37 yang memberikan kelebihan buat Lang Merah daripada sudut peraturan jaringan di tempat lawan.
"Ini kemenangan kami sebagai sebuah pasukan dan saya mahu hadiahkan kemenangan ini kepada jurulatih dan pihak pengurusan.
"Saya berbangga dengan pemain yang ada selain mereka semua memberikan aksi terbaik.
"Gol itu dianggap rezeki saya selain sebagai penguat semangat," katanya.
Pemain tengah, Rowley, yang hadir dalam jendela perpindahan kedua pula tidak menyangka bakal berpeluang mendakap piala pertamanya di Malaysia setelah melalui pelbagai episod duka di kem Kelantan.
"Ya, kemelut tanpa gaji di Kelantan meletakkan saya dalam kesukaran tetapi semua itu sudah pun berlalu.
"Pasukan Kedah sangat profesional serta memiliki ramai pemain berbakat, jadi saya sangat gembira ," ujarnya.