Skip to main content

Bola Sepak

FAM tunggu pengesahan FIFA untuk senaraikan Liridon

liridon.jpg
Status pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi, untuk diturunkan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia bulan depan menjadi tumpuan selepas pemain kelahiran Kosovo itu sah menjadi warganegara Malaysia, 3 Februari lalu.

Liridon ketika ini masih menunggu kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk beraksi dalam perlawanan itu.

Ia kerana tempoh permastautinan pemain tengah itu hanya akan genap lima tahun pada 25 Mac ini dan boleh didaftarkan pada 19 Mac ini, tujuh hari sebelum perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih menunggu pengesahan rasmi daripada FIFA berkenaan status Liridon dalam perlawanan itu.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found