Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid, berkata penggunaan pengadil import untuk aksi final Piala FA 2019 masih belum dimuktamadkan walaupun badan induk itu memberi petanda ia bakal dilaksanakan.
Pertembungan Liga Super di antara Felda United dan Selangor di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi mencuri tumpuan peminat.
Ia susulan perlawanan itu diadili pengadil luar negara, iaitu Majed Mohammed Al Shamrani dari Arab Saudi yang mempunyai lencana Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Kehadiran Majed dilihat sebagai langkah percubaan oleh Jawatankuasa Pengadil FAM untuk menilai keberkesanan khidmat pengadil import sebelum digunakan dalam aksi final Piala FA, 27 Julai ini.
"Majed ke mari sebagai latihan untuk menjadi pengadil elit FIFA selepas Arab Saudi membuat permohonan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
"AFC meminta kerjasama daripada FAM dan kami memberinya tugasan untuk aksi malam tadi," ujar beliau.
FAM sudah menyenarai pendek barisan pegawai perlawanan dari Jepun, Thailand dan Australia untuk aksi final membabitkan Perak dan Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.
Isu penggunaan pengadil import untuk pertembungan penentuan kejuaraan itu menjadi sedikit panas apabila FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tampak berselisih pendirian.
"Kami perlu tunggu jawapan daripada negara-negara terbabit.
"Mungkin ketika ini liga-liga di sana masih berlangsung," katanya lagi.