Skip to main content

Bola Sepak

FAM tetap komited perjuangkan hak semua pemain, bawa kes ke CAS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi, menerima alasan penuh keputusan bertulis setebal lebih 60 muka surat  daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Badan induk bola sepak negara itu komited dalam memulakan proses untuk membawa kes berhubung Pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Advertisement

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima alasan penuh keputusan yang diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung penolakan rayuan FAM berkaitan status kelayakan tujuh pemain warisan Malaysia.





 

"Sehubungan itu, FAM akan memulakan proses untuk membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (Court of Arbitration for Sport, CAS).

"Langkah ini diambil bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan badan-badan berkaitan.

"FAM tetap komited memperjuangkan hak semua pemain yang layak mewakili negara, dan akan memastikan setiap tindakan diambil secara profesional, telus serta mengikut saluran undang-undang yang sewajarnya." katanya.

Must Watch Video