Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menafikan dakwaan bahawa badan induk itu tidak melakukan usaha untuk membawa pengadil profesional dari luar negara untuk mengadili perlawanan akhir Piala FA 2019 di antara Perak dan Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 27 Julai ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata FAM telah mengambil langkah awal dengan menghantar surat permohonan kepada tiga negara -- Jepun, Australia dan Thailand -- Mei lalu untuk melihat potensi dan tahap ketersediaan pengadil di ketiga-tiga negara berkenaan.
Beliau berkata hanya set pengadil yang memiliki kualititi pengadilan terbaik dalam kalangan tiga negara itu akan dipilih untuk mengendalikan perlawanan akhir tersebut.
"Saya nafikan FAM belum ada usaha membawa pengadil dari luar untuk final Piala FA nanti.
"FAM sudah berkomunikasi dan menghantar permohonan kepada tiga negara untuk memastikan kemungkinan ada pengadil dari luar negara bagi final Piala FA.
"Tetapi FAM belum menerima maklum balas daripada ketiga-tiga negara tersebut sebab mereka (badan induk bola sepak negara terlibat) mungkin belum memutuskan pengadil mana untuk disenarai memandangkan saingan liga masih berjalan di negara-negara itu," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Semalam, Ketua Pegawai Operasi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA 2019, mengesahkan khidmat pengadil profesional luar negara tidak akan digunakan dalam aksi final tersebut.
Mengulas lanjut, Stuart menegaskan FAM akan memastikan pengadil dipilih itu memiliki kelayakan terbaik dalam usaha memenuhi hasrat peminat bola sepak tanah air yang ingin melihat tahap pengadilan berkualiti dalam sesebuah perlawanan berkeamatan tinggi di negara ini.
"Kami mahu apabila pengadil dipanggil itu, mereka boleh menyumbang sesuatu yang positif kepada final Piala FA tersebut. Kami tidak akan terima sebarang nama sahaja tanpa membuat penilaian terperinci dan mencapai persetujuan mengenai tahap kualiti pengadil berkenaan.
"Tidak semestinya apabila bercakap pasal pengadil di Jepun, Australia dan Thailand, mereka (tiga negara) semua adalah yang terbaik dan mempunyai kelebihan daripada pengadil tempatan,” tambahnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid, berkata pengumuman dibuat Mohd Shazli itu berpunca daripada salah faham.
"Ketika mesyuarat semalam, kami belum menerima jawapan daripada ketiga-tiga negara itu, jadi mungkin sebab itu timbulnya salah faham tersebut,” jelasnya.
-- BERNAMA