Skip to main content

Bola Sepak

FAM sedia gunakan pengadil import

stuart-ramalingam.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan bahawa tiada usaha daripada badan induk itu untuk merealisasikan penggunaan pengadil dari luar negara dalam final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 27 Julai ini.

Sidang media Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA mencetuskan sensasi kelmarin.

Ia apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan khidmat pengadil dari luar negara tidak akan digunakan dalam aksi final Piala FA di antara Perak dan Kedah. 

Pengesahan itu dilakukan ketika FAM menerusi jawatankuasa pengadilnya, sudah menyenarai pendek barisan pegawai perlawanan dari Jepun, Thailand dan Australia.

"Saya menafikan bahawa belum ada pergerakan. Mungkin terdapat salah faham dalam mesyuarat tersebut," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

"Daripada pihak FAM, kami sudah berkomunikasi dengan tiga negara untuk melihat keberadaan pengadil luar bagi final Piala FA."

Usaha FAM membawa masuk pengadil import bertujuan untuk mengukuhkan lagi sistem pengadilan bola sepak tanah air.

Selain itu, badan induk itu juga mahu mengelakkan insiden kontroversi dalam final Piala Malaysia 2018 berulang.

"Kami mahu memastikan pengadil yang dicadangkan daripada mana-mana negara merupakan pengadil yang akan menyumbang dalam final Piala FA

"Jangan kita hanya menerima sahaja tanpa mengkaji latar belakang dan prestasi pengadil itu," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video