Skip to main content

Bola Sepak

FAM sahkan lima pemain warisan baru Harimau Malaya dapat kelulusan FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

holgado.jpg
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa lima pemain warisan yang baru dibawa masuk untuk memperkuatkan kem negara telah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Tonggak itu adalah Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado dan dibenarkan untuk beraksi dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 malam ini berdepan Vietnam.





"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa kelima-lima pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya telah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan boleh beraksi menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

"Dengan ini Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado bakal membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski pada perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi itu." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video