Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan pemilihan Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula sebagai pemain naturalisasi negara adalah tepat walaupun salah seorangnya pernah dikaitkan dengan masalah disiplin.
Liridon dan de Paula semakin hampir menyarung jersi skuad Harimau Malaya apabila FAM sudah menghantar nama kedua-duanya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menyerahkan segala dokumen berkaitan dua pemain berkenaan dalam satu perjumpaan semalam, usaha FAM yang sudah memasuki peringkat akhir itu, bagaimanapun, mendapat reaksi kurang senang.
Rata-rata peminat menganggap de Paula sudah tidak sesuai untuk dipanggil mewakili negara atas faktor usia manakala Liridon pula didakwa mempunyai sikap negatif berdasarkan rekod lalu.
Begitupun, badan induk berkenaan tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah, sebaliknya berasakan kedua-dua pemain itu layak menyarung jersi skuad negara berdasarkan kualiti permainan masing-masing.
"Tahap persembahan de Paula bersama Kuala Lumpur masih baik musim ini dan kami bukannya setakat memantau prestasinya dalam tempoh dua tahun terakhir ini sahaja.
"Tetapi (FAM turut mengambil kira) pemahaman dan keserasian mereka dengan liga dan budaya kita.
"(Keupayaan) Liridon sudah tidak perlu dinafikan lagi tetapi tahap kecederaannya perlu diteliti tetapi daripada segi klinikal, dia boleh menyumbang kepada pasukan negara.
"Berdasarkan tahap persembahnya sebelum ini, dia berhak untuk dilihat daripada sudut positif dalam usaha membantu pasukan kebangsaan," jelas Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
FAM ketika ini hanya menunggu kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan sebaik perkara itu selesai, dua pemain berkenaan akan mendapat lampu hijau menyarung jersi skuad kebangsaan mulai tahun depan.