Skip to main content

Bola Sepak

FAM perlu segera dapatkan pengendali baru Harimau Malaya

020517malaysia.jpg
Pemerhati bola sepak tempatan optimis Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menamakan pengendali skuad kebangsaan bulan ini memandangkan aksi kelayakan Piala Asia berdepan Korea Utara akan berlangsung bulan hadapan.

Bagi pemerhati bola sepak tempatan, Rizal Hashim, waktu kian suntuk menjelang aksi dengan Korea Utara dan adalah wajar buat FAM segera membuat keputusan.

Rizal berpendapat memandangkan Tan Cheng Hoe sudah pun melepaskan jawatan selaku pengendali Kedah, beliau juga boleh diberi tugasan selaku pemangku jurulatih seandainya FAM belum dapat memastikan calon sesuai.

"Tan Cheng Hoe boleh memikul jawatan sebagai pemangku jurulatih skuad kebangsaan, FAM perlu segera membuat keputusan untuk mendapatkan jurulatih yang berwibawa ataupun membuat keputusan mengangkat Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih," katanya.

Nada sama turut dilontarkan seorang lagi pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri.

Walaupun berasa jurulatih import wajar diberi kepercayaan, Asmawi risau dengan tempoh singkat buat jurulatih baru negara mengenali barisan pemain.

"Kesukaran yang dihadapi oleh pengendali import adalah untuk menyesuaikan diri dengan kualiti permainan Malaysia dalam tempoh yang singkat," katanya.

Antara empat jurulatih asing yang dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih negara ialah bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak, bekas penolong
jurulatih Kedah, Ramon Marcote, dan jurulatih yang dikenali dengan nama samaran Zico, Kiatisuk Senamuang.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video