Skip to main content

Bola Sepak

FAM pantau penggunaan VAR, pastikan selari dengan FIFA

fam.jpg
Selepas tiga minggu perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung, Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bermesyuarat bagi mengupas isu berkenaan pelaksanaan video bantuan pengadil (VAR).

Berdasarkan pemerhatian, FAM berpendapat bahawa penggunaan VAR di Liga Malaysia berjalan dengan lancar mengikut protokol yang ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Sehubungan dengan penilaian prestasi dan kepatuhan protokol VAR yang ditunjukkan oleh pengadil, FAM mahu ia selaras dengan 'Implementation Assistance and Approval Programme' (IAAP).

Selain itu, FAM turut membincangkan lima input penting bagi menambah mutu dan kualiti perlaksanaan VAR pada baki saingan liga nanti.
 

Sebanyak 11 kali 'On Field Review' (OFR) dibuat oleh pengadil dalam kesemua aksi liga sepanjang tiga minggu berlangsung mengikut Data Analisa Perlawanan VAR.

Menerusi pemasangan VAR di Liga Malaysia, FAM melancarkan inisiaif Program Kenali VAR FAM bagi tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan berkaitan teknologi itu kepada para peminat bola sepak tanah air.

Setakat ini, FAM terus komited untuk meneruskan fasa latihan VAR kepada pengadil baru  dan dijangka 'Batch ke-2' Latihan VAR itu akan bermula Ogos depan.

Sabah akan menjalankan latihan VAR Goal Sport bersama pengadil berpengalaman sebelum secara rasmi digunakan di Stadium Likas. 

Setiap minggu, Unit Pengadil FAM akan mengadakan Analisa Pasca Perlawanan 'Post-Match Briefing' dan Pra Perlawanan 'Pre-match Briefing' untuk tujuan mengulang kaji dan memantapkan keputusan pengadil perlawanan selepas ini. 
 

Advertisement

Must Watch Video