Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, menafikan badan induk itu campur tangan dalam pemberian sejumlah nilai geran melibatkan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) seperti yang didakwa dalam isu KLFA-Marcerra United FC.
Pengumuman Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Jumaat lalu, mengenai pemberian geran menerusi hak penyiaran ibarat khabar gembira buat beberapa pasukan yang mengalami tunggakan gaji pemain, antaranya Marcerra Hanelang FC, Terengganu City FC dan Kuantan FA yang bernaung di bawah persatuan bola sepak negeri masing-masing.
Bagaimanapun, KLFA selaku badan induk Marcerra tidak bersetuju dengan pendekatan itu walaupun pernah bertanggungjawab menyelesaikan isu tunggakan gaji ahli gabunganya, KL SPA, tiga tahun lalu..
Kekeliruan isu itu turut mengheret FAM.
Stuart tampil menjelaskan badan induk tidak akan masuk campur dengan urusan ahli gabungan, terutama melibatkan urusan geran.
Perkembangan itu secara tidak langsung menyangkal dakwaan pihak Marcerra dan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) bahawa FAM pernah mendesak KLFA untuk menyerahkan sejumlah duit geran kepada KL SPA sebelum ini.
Hanya atas dasar budi bicara KLFA, isu berkenaan boleh berlaku, namun ia tidak melibatkan badan bola sepak negara itu.
"Marcerra perlu mengadakan perbincangan lebih mendalam dengan KLFA. Buat masa ini, belum ada pegawai atau pemain daripada Marcerra datang berjumpa dengan kami lagi.
"Mengenai pemotongan geran, kami juga tidak boleh menafikan hak pasukan," jelasnya.
Beliau juga menafikan pilihan barisan kejurulatihan yang diterajui bekas tonggak Australia, Bradley Maloney, apabila menampilkan Kris Yoong dan Khan Hung Meng sebagai pilihan 'kawan-kawan'.
Malah, Stuart mempertahankan pilihan Maloney yang mengutamakan keserasian antara jurulatih sebelum ia melibatkan pemain.
"Walaupun dibarisi muka yang sama, ia satu pemilihan yang tepat untuk menerapkan falsafah bola sepak yang kita hajati," katanya.