Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) buat jurulatih sementara, Brad Maloney, ialah layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 2020.
Skuad B-18 bakal mengharungi kempen kelayakan berkenaan dengan berdepan tuan rumah, Kemboja, selain Thailand, Brunei dan Northern Mariana Islands dari 2 hingga 10 November depan.
Dalam masa sama, pengendali kelahiran Australia itu berpeluang membuktikan kewibawaannya lebih awal dengan mengulangi pencapaian terbaik di bawah bekas jurulatih, Bojan Hodak, apabila muncul juara Piala AFF B-18, tahun lalu.
Piala AFF 2019 di Vietnam dari 5 hingga 18 Ogos depan menyaksikan Malaysia ditempatkan dalam Kumpulan B di samping Vietnam, Thailand, Kemboja, Singapura dan Australia.
"Kalau dia (Maloney) gagal, dia perlu berikan penjelasan dan (segalanya) bergantung kepada FAM sama ada mahu melanjutkan tempoh (perkhidmatannya) atau tidak.
"Sebab itu, kami memasukkan (KPI) dalam kontraknya supaya kami dapat menilai persembahannya terlebih dahulu," kata Hamidin.
Maloney, bagaimanapun, masih belum menamakan barisan kejurulatihan yang akan bersama dengannya.
Difahamkan, dia akan bertemu Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, minggu depan untuk membentangkan nama yang akan diumumkan untuk membarisi kejurulatihan skuad B-18.
"Sebahagian nama yang dicadangkannya terdiri daripada kakitangan dalam struktur bola sepak negara selain beberapa nama daripada luar.
"Maloney mahu memastikan pelantikan itu sesuai dengan bola sepak yang kami laksanakan serta dalam DNA yang sama, bermula di peringkat senior sehinggalah bawah umur," katanya.