Skip to main content

Bola Sepak

FAM ibarat beri 'bola tanggung', tak terkejut keputusan FIFA kekal -- Christopher Raj

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raj.jpg
'Saya tidak terperanjat jika keputusan FIFA kekal'

Itu reaksi bekas exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Christopher Raj, ketika ditanya mengenai jangkaan keputusan rayuan membabitkan hukuman dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjelang 30 Oktober ini.

Dan, bekas pengurus pasukan bawah 17 tahun (B-17) negara itu turut menyifatkan sidang media FAM pada Jumaat lalu berhubung isu pemain warisan sebagai 'bola tanggung' yang membuka lebih banyak persoalan daripada jawapan hingga berlaku krisis dalam krisis.

"Lazimnya, sidang akhbar diadakan untuk menerangkan mengenai isu yang sedang berlaku, atau memberi penjelasan umum kepada media dan rakyat secara keseluruhan mengenai proses yang dilakukan. 

"Tetapi, agak dukacita kerana daripada sidang media untuk menangani krisis, ia menjadi sebaliknya. Krisis dalam krisis. 

"Ibarat bola tanggung terhadap FAM," katanya di Nadi Arena.

Ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkenaan cadangan menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat kesilapan teknikal berhubung isu itu, dia berkongsikan: "Semua sudah tahu di manakah kesilapan yang dilakukan, sambil memastikan segala soalan ditanya terjawab.

"Sebagai contoh, siapakah yang bertanggungjawab mendapatkan khidmat tujuh pemain warisan itu.

"Bagaimanakah mereka mengenal pasti pemain ini.

"Siapakah ejen yang terlibat?

"Bagaimanakah proses penyerahan dokumen itu berjalan?

"Supaya kesilapan ini tidak berulang. Ini adalah pengajaran paling penting.

"Saya berpendapat bahawa dalam jawatankuasa khas itu sudah tentu mendapat jawapan yang dicari-cari," tambahnya. 

Menjelang keputusan rayuan selewat-lewatnya 30 Oktober ini, Christopher Raj juga mengharapkan yang terbaik buat bola sepak Malaysia. 

"Tidak ada rakyat Malaysia ingin melihat FAM digantung.

"Kerana, penggantungan FAM melibatkan impian anak-anak muda yang mahu bermain untuk negara.

"Kita tidak mahu perkara berlaku.

"Tetapi, melihat kes penghakiman FIFA, is sangat drastik.

"Saya tidak akan terperanjat jika mereka berpendirian tegas dengan keputusan yang dibuat oleh FIFA kekal," katanya lagi. 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video