Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menghantar kertas cadangan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk menambah baik format saingan Kejohanan AFC B-23 Tahun.
Harapan Malaysia beraksi di Bangkok tahun depan dinafikan dengan format pertandingan yang menetapkan juara dan empat pasukan terbaik di tangga kedua peringkat kelayakan akan mara ke pusingan akhir itu.
Malaysia pula, di sebalik meraih tujuh mata dan berada di belakang China dalam Kumpulan J, tersingkir menerusi perbezaan jaringan gol.
Atas dasar itu, FAM akan menghantar satu laporan untuk diusulkan kepada AFC, bukan sahaja sebagai penambahbaikan kepada format, namun waktu perlawanan berlangsung buat negara Asia Barat yang lewat beberapa jam dari zon Timur, sekali gus memberikan kelebihan buat mereka.
"Kami menghantar kertas cadangan bagi memperhalusi saingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 bagi memastikan Malaysia tidak dikecewakan walaupun mempamerkan persembahan yang berkualiti sepanjang saingan," kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal.
Dalam masa sama, kekosongan yang ditinggalkan Subkhiddin Salleh sebagai exco FAM bakal diketahui dalam kongres badan induk itu 13 Julai depan.
Subkhiddin sebelum ini melepaskan jawatan sebagai exco FAM dan pengerusi Jawatankuasa Pengadil, November tahun lalu, rentetan isu pemilihan pengadil ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.
"Sesiapapun berhak dicalonkan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Subkhiddin sejak November lalu," kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi.