"Ini bukan tugasan mudah buat FAM"
Itu pandangan kritikal pemerhati bola sepak negara, Christopher Raj, yang melihat tugasan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam mengurus tadbir Akademi Mokhtar Dahari (AMD) adalah satu skop yang besar
Jika usaha meletakkan AMD di bawah kawal seliaan FAM menjadi nyata, beberapa perkara perlu dikaji FAM agar perubahan pengurusan di bawah badan induk itu kelihatan lebih sempurna berbanding pengurusan AMD terdahulu.
Satu cerita kejayaan perlu berlaku dan FAM harus tahu mengetahu cara untuk memastikan ianya berlaku ketika AMD di bawah mereka selepas ini.
"Kalau FAM hendak mengambil alih AMD, mereka terpaksa memastikan kesinambungan pengambil alihan itu berlaku. Kita ada jurulatih tempatan yang bekerja di AMD, bagaimana tenaga kerja ini akan digunakan.
"Mereka ada hampir 15,000 pemain di setiap negeri terlibat di sekolah sukan di sebagainya, bagaimana FAM mahu melakukan perubahan ini adalah kita akan tunggu dan lihat," katanya.
Turut berhubung kait spekulasi keberadaan Scott O'Donell yang difahamkan bakal menerajui posisi Pengarah Teknikal AMD dengan tugasan di FAM masih diteruskan.
Ia tampak canggung dengan limpahan tugasan terlalu besar memungkinkan pelantikan itu tidak membawa perubahan bersifat total dalam Program Nasional ini.
"Teknikal Director perlu menjadi seorang yang independent, jika Scott O'Donell akan ke sana, maka dia tidak boleh menjadi pengarah untuk FAM. Menjaga dua tempat agak mencabar." katanya.