Skip to main content

Bola Sepak

Faizal letak kepercayaan kepada FAM

fazial.jpg
Susulan pengumuman barisan kejurulatihan bagi skuad Harimau Malaya yang bakal dikendali Kim Pan-gon serta beberapa jurulatih luar negara termasuk dari bumi Sepanyol dan Turki, timbul persoalan mengenai kekosongan bagi jawatan penolong jurulatih tempatan. 

Namun menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, walaupun terdapat keinginan untuk menyaksikan jurulatih tempatan mengisi kekosongan tersebut, keputusan itu diberi seratus peratus kepada badan induk bola sepak malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).



Antara kakitangan kejurulatihan baru skuad kebangsaan termasuk penolong kepada Pan-gon iaitu Pau Marti Vicente yang pernah berkhidmat bersama Barcelona, Adelaide United dan pasukan kebangsaan Hong Kong.

Jurulatih penjaga gol pula merupakan rakan senegaranya, Cho Jun-ho, yang pernah bekerja bersama pasukan Chiangrai dan Daegu FC sementara Lim Jaehun merupakan pakar analisis prestasi pasukan yang memiliki pengalaman bersama Pohang Steelers.

Dr Gokhan Kandemir yang pernah mengendali kelab gergasi Turki, Trabzonspor, pula akan memantau kecergasan pasukan kebangsaan.

Advertisement

Must Watch Video