KELANTAN 0 SELANGOR 3
Dua jaringan pemain tengah sensasi, Mohd Faiz Nasir, membantu Selangor menumbangkan tuan rumah, Kelantan, 3-0 dalam aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.
The Red Warriors (TRW) yang mengharapkan tuah gelanggang sendiri mempertaruhkan penyerang tunggal, Mustafa Zazai, selepas kehilangan Raul Andres Taraggona untuk merobek gawang Selangor yang dikawal Mohd Farizal Harun.
The Red Giants menguasai keseluruhan permainan dan hampir di depan melalui sepakan kencang kapten, Mohd Amri Yahyah, hasil tolakan cantik, Mohd Syazwan Zainon, malangnya tersasar pada minit ke-18.
Melalui satu serangan balas pantas, kesilapan pertahanan, Afiq Saluddin hampir dihukum Syazwan, namun tolakannya tersasar biarpun penjaga gol, Damien Lim Chien Khai, tertewas pada minit ke-25.
Tiga minit kemudian, pemain import dari Brazil, Sandro Da Silva Mendonca pula hampir memberikan gol pertama Gergasi Merah, namun hampa apabila sepakan kencangnya di dalam kawasan penalti ditepis Damien.
Bersambung dalam babak kedua, Selangor mendapat jaringan pertama apabila Syazwan melakukan larian solo melepasi dua pertahanan TRW dan melepaskan sepakan kencang menewaskan Damien pada minit ke-61.
Kelantan cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun Selangor mengambil kesempatan hasil kesilapan benteng pertahanan TRW melalui sepakan leret Faiz menewaskan Damien untuk gol kedua Selangor pada minit ke-65.
Minit ke-70 menyaksikan Kelantan membawa masuk Mohd Badhri Radzi atau Piya menggantikan Nik Akif Syahiran Nik Mat untuk membangkitkan semula semangat juang TRW yang semakin longlai.
Kelantan hampir mendapat gol pertama tetapi sepakan pemain tengah, Muhammad Danial Haqim Draman, terus ke dakapan penjaga gawang, Mohd Farizal, pada minit ke-72.
Faiz terus menjadi apabila menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-86 melalui sepakan kencang kaki kiri yang menewaskan Damien untuk memastikan The Red Giants mara ke pusingan ketiga dengan bergaya.
Kredit Foto: KRW Official
Keputusan lain:
KUCHING FA 0 FELDA 1
UKM 5 PROTAP 0
JERANTUT 3 JOHOR BAHRU 0
TERENGGANU 5 ULTIMATE 0
PDRM lwn SARAWAK (ditangguhkan)