'Sembunyi masalah jantung demi negara', itu pendedahan yang dibuat pertahanan skuad B23 negara, Faiz Amier di sebalik musim cemerlangnya tahun lalu.
Faiz menegaskan perkara itu dirahsiakan kerana tidak mahu terlepas mewakili negara dalam beberapa tugasan antarabangsa.
Faiz antara bakat muda negara yang menyerlah musim lalu, pemain tersebut berjaya menembusi kesebelasan utama skuad B23 negara sebagai antara pemain termuda untuk temasya Sukan SEA Vietnam.
Namun, impian itu memerlukan pengorbanan besar daripada anak jati Selangor itu.
"Masalah itu tidak mematahkan semangat saya untuk bergelar pemain bola sepak, saya tidak mendedahkan perkara ini untuk terus berkhidmat untuk Malaysia telahpun menjalani prosedur bagi menyelesaikan masalah yang saya hadapi," kata Faiz.
Jadikan semangat Brendan Gan melawan kanser sebagai inspirasi, Faiz sudah sihat seperti biasa selepas menjalani prosedur kesihatan dan kini tiada halangan untuk beraksi.
Kini, dia bersama skuad B23 negara untuk kem latihan pusat menjelang temasya Sukan SEA Kemboja Mei depan.
"Saya mahu membuktikan kepada jurulatih kebolehan saya untuk kekal relevan selaku pilihan utama dalam skuad ini dan mahu terus melakukannya bagi kejohanan akan datang."