Skip to main content

Bola Sepak

Faisal Halim hadiahkan but hari perlawanan buat peminat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim-but.jpg
Malaysia melakar kemenangan 4-0 ke atas Vietnam dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan peminat bola sepak turut membawa pulang hadiah yang cukup manis.

Harimau Malaya melakar kemenangan bergaya ke atas Vietnam, 4-0 sekaligus mendahului Kumpulan F dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Gol daripada Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Corbin Ong dan Dion Cools melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara. 

Selepas tamat perlawanan, pemain gantian yang tidak diturunkan ketua jurulatih, Peter Cklamovski, Faisal Halim, telah dirakam menghadiahkan but yang dipakai bagi perlawanan semalam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)


Malaysia akan kembali beraksi dalam aksi kelayakan bertemu Laos Oktober ini.

Advertisement

Must Watch Video