Skip to main content

Bola Sepak

Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangotr.jpg
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.

Malah, doktor juga membenarkan anak-anaknya untuk hadir melawat daripada jarak jauh untuk meningkatkan motivasinya yang sudah hampir dua minggu dirawat di hospital.

Mengikut wartawan di lokasi, Karl Nunis, Faisal berasa terharu dengan keprihatinan semua pihak yang mendoakan kesihatannya.


 

Malah, dia yang sudah dibenarkan makan sebelum ini baru sahaja menjamu Ayam Penyet.

Sebelum ini, penyerang Harimau Malaya itu akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan selepas kejayaan dalam tiga pembedahan.

Advertisement

Must Watch Video