Skip to main content

Bola Sepak

Faisal Halim bukan ancaman buat saya, JDT -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenku.jpg
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, meluahkan pandangan mengenai insiden yang melanda pemain kebangsaan, Faisal Halim, dalam Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, semalam.

Sebelum ini, terdapat spekulasi dan khabar angin yang mengaitkan Tunku Mahkota Ismail dengan kejadian tersebut di laman sosial media.

Baginda memberi tanggapan mengenai tuduhan tidak berasas itu dengan berkata sesetengah penyokong Selangor tidak berfikir secara rasional dan selalu memberi tanggapan buruk terhadapnya.


Di sebalik penjelasan itu, baginda menegaskan bahawa pemain berusia 26 tahun itu bukanlah satu ancaman buat dirinya dan juga pasukan JDT malah, pertembungan di antara pasukan Selangor sebelum ini sentiasa berpihak kepada juara Liga Super itu meskipun Faisal Halim bermain.

Advertisement

Must Watch Video