KEDAH DARUL AMAN 1 TERENGGANU 0

Percaturan memasukkan pakar gantian, Fadzrul Danel Nizam, mengesahkan tiga mata buat Kedah Darul Aman dalam masa kecederaan Liga Super, sebentar tadi.


Selepas sepak mula separuh masa kedua tertangguh akibat masalah lampu limpah, pemain berusia 25 tahun itu memanfaatkan tolakan ke belakang Domagoj Pusic yang memakan diri ketika perlawanan buntu tanpa jaringan dalam masa sebenar.

Ia secara tidak langsung memberikan kemenangan kedua buat Sang Kenari pada musim ini walaupun beberapa kali diancam oleh kelincahan penyerang pelawat, Sony Norde dan Adisak Kraisorn.

Keputusan lain:

SABAH 3 KELANTAN UNITED 1

PENANG 0 NEGERI SEMBILAN 0