Jurulatih Chelsea, Antonio Conte, mengakui tanggapannya terhadap Cesc Fabregas telah berubah, bahkan memuji pemain tengah itu kerana mengikut perancangannya.
Fabregas bergelut sejak awal musim lalu sebelum membantu Chelsea merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain antarabangsa Sepanyol itu membuat 12 permulaan liga musim ini -- 13 penampilan skuad utama pada musim lalu -- dan Conte memuji pemain berusia 30 tahun itu.
"Cesc pada permulaan musim lalu tidak banyak bermain tetapi saya sangat gembira kerana melalui usahanya, dia cuba mengubah fikiran saya dan ia berjaya," kata pengurus dari Itali itu menjelang pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atletico Madrid, awal pagi esok.
"Sekiranya anda teringat bahagian kedua musim lalu, dia mula bermain secara kerap dan dalam bahagian pertama musim lalu, saya sering mengetengahkan gandingan (N'Golo) Kante dan (Nemanja) Matic.
"Namun, dalam bahagian kedua musim ini, Cesc memainkan peranan besar, dia sangat penting bagi kami untuk memenangi gelaran.
"Dia terus bekerja keras pada musim ini dengan menunjukkan komitmen dan tingkah laku yang hebat. Jurulatih perlu membuat keputusan terbaik," katanya.
Fabregas telah memenangi dua gelaran liga sejak menyertai Chelsea dari Barcelona pada Jun 2014.
Conte percaya Fabregas mampu melakukan sumbangan lebih besar menerusi sumbangan gol dan tiga bantuan jaringan musim ini.
"Dia masih muda. Sekiranya anda berusia 30 tahun, anda mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun lagi untuk bermain bola sepak," katanya.
"Anda mesti mempunyai kemahuan yang hebat untuk bermain di peringkat ini kerana ia tidak mudah.
"Terdapat persaingan yang besar dalam kalangan pemain, namun Cesc mempunyai cita-cita yang hebat, dia pemenang dalam fikirannya, sebab itu dia sangat bagus."