Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu memastikan gelaran liga keempat daripada lima musim terakhir dengan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Villa di Stadium Etihad pada 22 Mei lalu.
Beribu penyokong mereka kemudian bertindak masuk ke kawasan padang sebaik wisel penamat dibunyikan selain suar dinyalakan dan gawang gol turut dirobohkan selain penjaga gol Villa, Robin Olsen, mendakwa turut diserang dalam insiden itu.
Polis Greater Manchester menahan dua individu lelaki yang terlibat dengan kekecohan berkenaan sambil meneruskan siasatan menyeluruh terhadap pelbagai pelanggaran undang-undang lain yang dilakukan penyokong City ketika itu.
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) August 18, 2022
FA secara rasmi mendakwa City semalam atas kegagalan mengawal penyokong mereka.
Satu kenyataan yang dikeluarkan berkata: "Manchester City FC didakwa atas kesalahan melanggar Undang-Undang E20 FA selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa FC pada 22 Mei 2022.
"Adalah didakwa bahawa selepas wisel penamat perlawanan itu, Manchester City gagal memastikan penonton mereka -- dan semua individu yang dikatakan penyokong dan pengikut mereka -- mengawal diri dengan cara yang teratur dan menahan diri daripada menggunakan ancaman dan/atau keganasan, termasuk menceroboh padang."
City mempunyai tempoh sehingga 25 Ogos ini untuk memberikan respons terhadap dakwaan berkenaan.