Liverpool berdepan dakwaan Persatuan Bolasepak (FA) atas insiden yang menyaksikan pemain mereka mengepung pengadil dalam kekalahan 1-4-di Manchester City, Sabtu lalu.

Insiden itu berlaku pada minit ke-34 permainan pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan di Stadium Etihad ketika kedudukan seimbang 1-1 selepas pemain tengah City, Rodri, melakukan kekasaran ke atas Cody Gakpo.

Pemain Sepanyol terbabit telah pun dilayangkan kad kuning kerana kekasaran yang sama beberapa minit sebelum itu tetapi pengadil, Simon Hooper, mengelak daripada melayangkan kad kuning kedua, seterusnya mengakibatkan pemain itu dibuang padang.



Diogo Jota, Fabinho, Virgil van Dijk dan ketua pasukan, Jordan Henderson, meluru ke arah pengadil bagi mempersoalkan keputusan itu.

Ia mendorong FA untuk mendakwa kelab itu yang didapati gagal "memastikan pemainnya berkelakuan dengan teratur dan/atau tidak berkelakuan cara yang tidak tepat".

Liverpool mempunyai hingga Khamis depan untuk menjawab pertuduhan itu.