Everton bakal tanpa James Rodriguez ketika Carlo Ancelotti berdepan kelab kendaliannya, Chelsea hari ini.
James, 29, mengalami kecederaan betis minggu lalu ketika seri 1-1 dengan Burnley dan tidak berlatih minggu ini.
Everton tewas dua perlawanan di laman sendiri kepada Leeds United dan Manchester United, turun ke tangga kesembilan selepas mendahului saingan di peringkat awal musim 2020-21.
Ancelotti tidak pernah tewas tiga perlawanan berturut-turut di laman sendiri sebagai pengurus sejak 2006 bersama Milan, manakala Mac 2016 merupakan kali terakhir ia berlaku kepada Everton.
Mereka bakal berusaha untuk mengekalkan rekod tersebut di Goodison Park berdepan Chelsea yang menghuni tangga ketiga liga.
"Kami tanpa James -- dia mengalami kecederaan ketika bertemu Burnley," kata Ancelotti.
"Dia tidak dapat berlatih minggu ini, saya rasa dia akan mula berlatih minggu depan. Untuk perlawanan ini, kami tidak mahu mengambil risiko.
"Dia mengalami kecederaan otot betis selepas tamat perlawanan berdepan Burnley.
"Kami harus memerhatikannya selepas perlawanan untuk melihat apakah dia akan dapat berlatih dan bermain menentang Leicester [City, Rabu hadapan.]."

Work continues ??#EVECHE pic.twitter.com/BHq9MAW8qs
— Everton (@Everton) December 11, 2020