EVERTON 2 BURNLEY 0
Everton menamatkan kempen di laman sendiri musim ini dengan bergaya sebaik menewaskan Burnley 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, awal pagi tadi.
Dengan memerlukan kemenangan untuk memburu kelayakan ke Liga Europa musim depan, skuad kendalian Marco Silva itu mendahului dua gol dalam 20 minit pertama.
Susulan jaringan sendiri Ben Mee, Seamus Coleman memanfaatkan kesilapan Tom Heaton untuk menjaringkan gol kedua tuan rumah.
Ashley Barnes menjaringkan gol yang dibatalkan pengadil kerana dikesan berada dalam kedudukan ofsaid dalam babak kedua manakala Johan Gudmundsson menghadirkan peluang terbaik buat Burnley sebelum Everton melengkapkan kemenangan selesa dalam aksi terakhir di laman sendiri itu.
Everton mendominasi sejak awal permainan -- Gylfi Sigurdsson melakukan voli di depan gol yang dihadang sebelum dia membantu Richarlison melakukan percubaan yang dikeluarkan pertahanan Burnley, Mee.
Pertahanan tengah itu, bagaimanapun, tidak bernasib baik apabila percubaan kedua daripada Richarlison terbias ke badannya sebelum menerjah masuk ke penjuru kanan bawah gawang Heaton.
Everton menggandakan kelebihan itu selepas percubaan awal Lucas Digne gagal ditangkap Heaton, yang hanya menunggu gerakan susulan daripada Coleman.
Barnes menjangkakan dia mampu untuk membangkitkan perjuangan Burnley pada setengah jam pertama perlawanan, namun hampa selepas penjaga garisan mengangkat bendera manakala Ashley Westwood boleh dianggap bertuah kerana hanya dilayangkan kad kuning selepas mengasari Morgan Schneiderlin.
Kecederaan yang dialami Richarlison menjejaskan aksi Everton dalam babak kedua dan tuan rumah itu hampir menerima padah apabila Gudmundsson menghasilkan percubaan yang hanya sedikit tersasar.
Micheal Kane turut bertuah kerana tidak dihukum selepas melakukan terjahan keras ke atas Matej Vydr, namun tuah itu tidak kekal lama buat Everton apabila usaha Ademola Lookman sekadar menggegar palang gol lawan manakala percubaan pemain gantian, Theo Walcott, dinafikan Heaton.
Kemuncak aksi di Goodison Park itu tiba apabila pertahanan yang berkhidmat paling lama dengan Everton, Phil Jagielka, dimasukkan dalam waktu kecederaan, yang mungkin penampilan terakhirnya buat pasukan itu.