Skip to main content

Bola Sepak

Euro Wanita: Laluan Belanda makin berliku pertahan kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sweden.jpg
Belanda bakal berhitung dengan Perancis dalam suku akhir Euro 2022 selepas Sweden menafikan hajat juara bertahan itu menguasai puncak Kumpulan C, awal pagi tadi. 

Kedua-dua pasukan memenangi perlawanan terakhir peringkat kumpulan masing-masing, ini bermakna mereka menamatkan awal saingan itu dengan tujuh mata dan dipisahkan oleh perbezaan gol selepas seri ketika berdepan di antara satu sama lain pada awal kejohanan.

Sweden membelasah Portugal 5-0 sementara jaringan lewat membantu Belanda menang 4-1 ke atas Switzerland, sekali gus Sweden mendominasi pusingan awal menerusi kelebihan dua gol berbanding jumlah jaringan Belanda.

Sweden, yang menduduki tempat kedua dalam ranking dunia di belakang Amerika Syarikat, membuktikan mengapa mereka perlu dipandang serius sebagai pesaing utama selepas membelasah Portugal di Leigh.

Ini bermakna lima tahun selepas kejayaan di tanah air, Belanda akan meniti laluan lebih perit seandainya ingin mempertahankan reputasi sambil prestasi Perancis makin mencuri perhatian, khususnya ketika membenam Itali 5-1. 

 

Perancis hampir pasti akan mengungguli Kumpulan D sementara Sweden menantikan cabaran daripada naib juara daripada kumpulan itu tatkala peluang Itali, Iceland dan Belgium belum tertutup. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video