BOLA SEPAK
Euro Wanita: Belanda hilang wirawati pertahan kejuaraan
Bintang Belanda dalam kejayaan Euro 2017 Wanita, Lieke Martens, tidak dapat memainkan peranannya lagi dalam misi skuad Oranje mempertahankan kejuaraan.
Bekas pemain sayap Barcelona itu yang baru menyertai Paris Saint-Germain dinobatkan sebagai Pemain Terbaik edisi lalu.
Dia bukan sahaja membantu Belanda mengungguli kejohanan benua itu, malah turut diangkat selaku Pemain Terbaik Wanita UEFA dan Pemain Wanita Terbaik FIFA.
Iklan
Pemain berusia 29 tahun itu sekali lagi memainkan peranan penting di England apabila mencipta tujuh peluang di peringkat kumpulan, termasuk bantuan jaringan kemenangan Danielle van de Donk ke atas Portugal selain melepaskan enam percubaan.
Namun, Belanda mengumumkan kecederaan yang dialami Martens dalam perlawanan ketiga menentang Switzerland akan menyisihkannya untuk baki kempen.
Lieke Martens heeft tijdens de wedstrijd tegen Zwitserland een voetblessure opgelopen. Uit nader onderzoek is gebleken dat het voor haar niet meer mogelijk is om nog in actie te komen tijdens dit EK. Heel veel sterkte Lieke. ?https://t.co/0E8xFMM9J8— OranjeLeeuwinnen (@oranjevrouwen) July 19, 2022
“Lieke Martens mengalami kecederaan kaki ketika menentang Switzerland,” tulis pasukan itu di laman Twitter.
"Siasatan lanjut menunjukkan bahawa dia tidak mungkin lagi mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah ini.
"Semoga berjaya, Lieke."
Belanda akan berdepan Perancis dalam suku akhir di Rotherham awal pagi Ahad ini.
Must-Watch Video