PERANCIS 1 SEPANYOL 4
Sepanyol merakamkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Perancis awal pagi tadi untuk menempah tiket final Euro B-21, dengan sekali lagi bertemu Jerman.
Skuad kendalian Luis de la Fuente itu tersentak pada awal permainan tetapi mereka mempamerkan watak mengagumkan untuk mengubah kedudukan dan berusaha keras untuk mara ke final selain berpeluang melunaskan dendam kekalahan 0-1 kepada Jerman, dua tahun lalu.
Perancis membuka jaringan melalui sepakan penalti Jean-Philippe Mateta tetapi gol pendahuluan mereka itu hanya bertahan 12 minit.
Ledakan Marc Roca mengikat kedudukan sebelum Mikel Oyarzabal meletakkan Sepanyol di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti kedua permainan dalam babak pertama.
Les Bleus terbatas untuk melancarkan serangan selepas gol pembukaan itu, sebaliknya laluan ke final semakin terbentang buat La Roja apabila Dani Olmo dan Borja Mayoral menokok gol dalam separuh masa kedua.
Meskipun Sepanyol menikmati permulaan yang lebih menarik, namun mereka dikejutkan dengan gol Mateta pada minit ke-16 selepas kekasaran Junior Firpo ke atas Jeff Reine-Adelaide.
Paul Bernardoni pada awalnya tangkas memastikan pintu golnya kebal walaupun dihujani percubaan dalam setengah jam awal permainan, termasuk mengecewakan Pablo Fornals dari jarak dekat.
Penjaga gol itu sempat menyelamatkan percubaan awal Roca tetapi pemain tengah itu tidak mensia-siakan bola yang melantun di depannya untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Oyarzabal memberi kelebihan kepada Sepanyol dengan penalti sebelum rehat biarpun hukuman ke atas Ibrahima Konate itu dilihat keras.
Bagaimanapun, Sepanyol berhak untuk meraih gol ketiga apabila Fabian menyambut hantaran lolos Oyarzabal sebelum bijak membuka ruang kepada Olmo untuk menyempurnakan gerakan tersebut.
Sepanyol melengkapkan kebangkitan mereka dengan pemain gantian, Mayoral, melepaskan satu tendangan dari luar kaki kanannya ketika menyambut umpanan Fornals untuk gol keempat.
Terdahulu, dua jaringan lewat daripada Gian-Luca Waldschmidt dan Nadiem Amiri menghantar Jerman ke final selepas mengecewakan Romania 4-2 dengan lawan mereka itu mengakhiri aksi dengan 10 pemain.