Fabian Ruiz memuji keteguhan dalam skuad Sepanyol sehingga membantu mereka meraih kejuaraan Euro B-21.
Pemain tengah Napoli itu menjaringkan gol pembukaan hebat ketika berdepan Jerman dalam aksi final awal pagi tadi sebelum Dani Olmo menyempurnakan bola muntah untuk melengkapkan kemenangan 2-1.
Persembahan memukau daripada anak buah Luis De La Fuente itu jauh berbeza berbanding ketika tunduk 3-1 di tangan tuan rumah, Itali, sebelum menewaskan Poland 5-0 untuk melepasi peringkat kumpulan menerusi perbezaan mata.
Fabian dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan selepas aksi hebat di Udine dan dia memberitahu laman web rasmi UEFA: "Saya berbesar hati dapat memenangi anugerah ini tetapi menjuarai kejohanan lebih penting.
"Kami bermula buruk berdepan Itali dan perkara menjadi sukar. Kami perlu menewaskan Poland lebih daripada tiga gol. Namun, seluruh pasukan sangat yakin dan kami layak bergelar juara.
"Kunci utama adalah sentiasa bersatu dan memegang kepada semangat berpasukan. Kami memberikan yang terbaik. Jerman adalah pasukan bagus dan kami perlu berjuang bersama-sama.
"Mereka dibarisi pemain hebat tetapi kelebihan 2-0 memberikan kami ketenangan dan keyakinan, jadi kami rasa layak menang."
Jerman dikejutkan dengan gol pembukaan daripada Fabian seawal minit ketujuh dan terkilan apabila Jesus Vallejo hanya dilayangkan kad kuning selepas terjahan keras terhadap Gian-Luca Waldschmidt.
Jaringan minit-minit akhir oleh Nadiem Amiri memberikan mereka sedikit harapan tetapi ia tetap gagal mengekang kejayaan Sepanyol.
Penggempur Freiburg, Waldschmidt, menamatkan saingan selaku penjaring terbanyak kejohanan menerusi kutipan tujuh gol dan dia memberitahu UEFA.com: "Kami bermain dengan baik dalam kejohanan sehingga final. Tewas di pentas akhir memang perit tetapi kami perlu melihat masa depan dan bersedia dengan cabaran seterusnya.
"Saya mengambil langkah untuk ke depan dan meningkatkan diri dalam kejohanan tetapi saya tidak fikir ia perbezaan yang besar. Ia adalah hasil daripada kerja keras tahun lalu."