Skip to main content

Bola Sepak

Eshmurodov tambah kualiti jentera pertahanan Selangor FC -- Cheng Hoe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cheng-hoe.jpg
Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, yakin dengan kehadiran pemain skuad kebangsaan Uzbekistan, Umar Eshmurodov, bakal meningkatkan kualiti jentera pertahan Gergasi Merah itu.

Semalam, Stadium Astro melaporkan bahawa Selangor sedang menyasarkan untuk membawa masuk pertahanan kental berusia 31 tahun itu dan hari ini, Eshmurodov diumumkan secara rasmi sebagai pemain import baru Gergasi Merah.

Eshmurodov ketika ini sedang memperkuatkan Uzbekistan dalam Piala Asia 2023 dan mereka akan bertemu juara bertahan dan pasukan tuan rumah, Qatar, bagi perlawanan suku akhir pada malam esok.

Bagi Cheng Hoe, kehadiran pemain tersebut ternyata akan meningkatkan kualiti pasukannnya.

"Saya pasti pengalaman Umar dalam Piala Asia dan Liga Juara-Juara Asia akan meningkatkan keyakinan terutamanya di barisan pertahanan," kata Cheng Hoe menerusi instagram Selangor FC.

Sebagi rekod, Eshmurodov, yang berketinggian 185sm, mencipta nama bersama kelab Uzbekistan, FC Nasaf Qarshi, dari 2017 hingga 2023, di mana dia turut dilantik sebagai ketua pasukan itu dengan julangan Piala Uzbek sebanyak tiga kali berturut-turut dari 2021 hingga 2023.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video