Skip to main content

Bola Sepak

Erling Haaland dijangka jadi sandaran hadapi Southampton

haaland.jpg
Erling Haaland memberi khabar gembira buat Manchester City selepas terpaksa dipinggirkan ketika kelab itu menewaskan Liverpool 4-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu. 

Penyerang itu terpaksa menarik diri daripada tugasan Norway bulan lalu selepas dia mengadu kecederaan pangkal paha menjelang perlawanan antarabangsa.

Pep Guardiola masih sangsi dengan tahap kecergasan penggempur itu minggu lalu, namun mereka menerima rangsangan untuk terus menghambat kedudukan Arsenal di puncak. 
Penyerang itu kembali ke padang latihan menjelang kunjungan ke Southampton Ahad ini.

Advertisement

Must Watch Video