AJAX 2 SPURS 3
(Agregat 3-3, Spurs layak ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan)
Christian Eriksen mengakui Tottenham bertuah selepas hatrik Lucas Moura dalam separuh masa kedua ketika berdepan Ajax membantu mereka melangkah ke final Liga Juara-Juara untuk berdepan Liverpool.
Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu melangkah ke aksi timbal balik separuh akhir dengan ketinggalan 1-0, seterusnya jaringan dalam separuh masa pertama daripada Matthijs de Ligt dan Hakim Ziyech meletakkan mereka ketinggalan 3-0 secara agregat di Amsterdam.
Lucas meledak dua gol dalam tempoh 14 minit selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua sebelum menyempurnakan hatrik pada minit keenam masa kecederaan walaupun Eriksen menganggap kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bernasib baik untuk melangkah ke final.
"Ia merupakan perlawanan yang tidak masuk akal. Kami bernasib baik pada penghujung permainan.
"Saya bersimpati dengan Ajax. Mereka bermain baik berdepan kami. Dalam dua perlawanan, mereka menampilkan persembahan yang cemerlang. Pada penghujungnya, kami yang bernasib baik.
"Kami berasakan tidak dapat melihat diri kami jika tewas tiga atau empat kosong," katanya.
Lucas mengisi kekosongan yang ditinggalkan Harry Kane ekoran kecederaan dan Eriksen berpandangan bahawa pemain berusia 26 tahun itu berhak bergelar wira di atas jaringan hariknya.
"Lucas mengharungi perlawanan yang cemerlang dengan meledak tiga gol.
"Hari ini, kami tidak melihat kepada taktikal, sebaliknya semangat juang yang dimiliki pasukan dan Lucas yang memenangi perlawanan ini untuk kami."