Christian Eriksen bersetuju menyertai Brentford untuk kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) setidak-tidaknya sampai hujung musim ini sejak ditimpa masalah jantung dalam Euro 2020.
Pemain Denmark itu rebah ketika bertemu Finland, Jun lalu, jadi dia terpaksa menggunakan sebuah alat di jantungnya tetapi undang-undang di Itali melarang sebarang pemain terlibat dalam perlawanan kompetitif sekiranya pernah menjalani pembedahan jantung yang serius.
Perancang tengah itu mengikut jejak bekas rakan sepasukannya di Ajax Amsterdam, Daley Blind, yang masih ligat beraksi meskipun pernah melalui detik hampir serupa.
"Saya tidak sabar-sabar lagi untuk kembali bekerjasama dengan Christian," kata pengurus, Thomas Frank, kepada laman sesawang rasmi kelab.
“Sudah lama berlalu sejak kali terakhir saya melatihnya dan banyak perkara yang telah berlaku.
"Christian berusia 16 tahun ketika itu dan telah menjadi antara pemain tengah terbaik EPL. Dia juga memenangi trofi di seluruh Eropah dan menjadi bintang pasukan kebangsaan Denmark.
“Kami telah mengambil peluang yang sukar dipercayai ini untuk membawa seorang pemain bertaraf dunia ke Brentford. Dia tidak berlatih dengan pasukan selama tujuh bulan tetapi masih berlatih sendirian. Dia cergas tetapi kami perlu memastikannya dan saya tidak sabar untuk melihatnya bekerjasama dengan pemain dan kakitangan bagi mengembalikan tahap tertingginya.
“Di tahap terbaiknya, Christian berupaya menentukan perlawanan. Dia boleh menghidu hantaran yang tepat dan merupakan ancaman gol. Dia juga mempunyai teknik hantaran bola mati yang sangat baik, baik dari sudut mahupun sepakan percuma langsung.
"Dia adalah pemain yang boleh anda temui dengan bola di kakinya dan dia boleh menyelesaikan masalah di hadapannya. Christian juga akan membawa pengalaman di peringkat teratas kepada kelab ini. Saya menjangkakannya akan memberi impak di dalam bilik persalinan dan di padang latihan kami."

✍ Welcome to Brentford, @ChrisEriksen8 ?#BrentfordFC ? #EriksenJoins pic.twitter.com/O8h5WbdUZ2
— Brentford FC (@BrentfordFC) January 31, 2022