Skip to main content

Bola Sepak

Eriksen dalam keadaan baik tetapi belum boleh wakili Brentford

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

christian-eriksen.jpg
Christian Eriksen berada dalam keadaan baik tetapi Thomas Frank berasakan pemain itu hanya boleh melakukan penampilan pertama bersama Brentford dalam beberapa minggu lagi.

Brentford menandatangani Eriksen dengan kesepakatan sehingga penghujung musim ini selepas penyerang itu dilepaskan Inter Milan pada Disember lalu -- berikutan serangan jantung yang dihadapinya sewaktu mewakili Denmark dalam Euro 2020 tahun lau.

Pemain berusia 29 tahun itu terpaksa menggunakan alat implantable cardioverter-defibrillator (ICD) di jantungnya, sekali gus tidak dibenarkan beraksi  secara profesional di Itali.

Eriksen sedang berlatih bersama bekas kelabnya, Ajax, dan Frank tiada sebarang keraguan mengenai tahap kecergasan pemain itu walaupun Eriksen tidak akan menyertai rakan sepasukannya sehingga usai perlawanan Piala FA menentang Everton malam ini.

"Sudah pasti ada keajaiban untuk melihatnya sihat tetapi dia juga mahu dan bersedia untuk kembali bermain bola sepak," kata pengurus Brentford itu, yang sedang menjalani pengasingan selepas positif COVID-19.

"Saya bolah katakan tiada kebimbangan. Sudah pasti saya bukan doktor tetapi semua pakar yang melihatnya, berjumpanya dan mengujinya tahu bahawa segala-galanya dalam keadaan sempurna.

"Saya tahu Christian dan keluarganya tidak akan mengambil sebarang risiko jika mereka berasakan ada sesuatu yang akan terjadi sewaktu dia sedang berlatih atau bermain dalam perlawanan bola sepak.

"Bagi saya, ia tentang kekuatan mentalnya dan dia sedang kembali ke rentaknya, bermain di tahap tertinggi dan menguruskannya, di mana saya fikir ia kelihatan baik-baik sahaja.

"Christian akan tiba pada Ahad ini dan berlatih bersama pasukan utama pada Isnin ini. Ia akan menjadi sesi latihan pertamanya. Sukar untuk katakan bila dia akan bermain. Saya akan tahu lebih lanjut selepas Isnin ini.

"Saya harap hanya beberapa minggu tetapi saya tidak tahu. Saya akan lebih mengetahuinya selepas saya melihatnya berlatih," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video