Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, sama sekali tidak kecewa dengan aktiviti jendela perpindahan kelab itu sungguhpun berdepan kesukaran dalam pasaran pemain.
United menyambar sentuhan Christian Eriksen, Lisandro Martinez dan Tyrell Malacia menjelang kempen 2022-23 tetapi belum dapat memancing sasaran lain termasuk pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong.
Ia mengundang beberapa laporan bahawa kelab itu bimbang tentang bilangan ketibaan muka baru bagi menghadapi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan membuka tirai hujung minggu ini, yang menyaksikan United menentang Brighton & Hove Albion, di Old Trafford, awal pagi Ahad.
Ten Hag tidak sependapat dengan laporan sedemikian sambil menambah bahawa dia sangat gembira dengan tiga penambahan yang dilakukan oleh kelab itu.
"Saya tidak kecewa langsung. Pertama sekali, kami mempunyai skuad dan kami sudah mencapai kemajuan. Kami lebih pro-aktif berbanding sebelum ini," katanya kepada Sky Sports.
"Yang kedua ialah mengenai pemain yang kami tandatangani. Kami sangat gembira dengan mereka. Anda sudah boleh lihat bahawa mereka mampu menyumbang kepada skuad.
"Perkara terakhir ialah kami tahu apa yang kami mahukan. Ini bukan tentang mendapatkan pemain semata-mata; ia mengenai mengikat pemain yang tepat.
"Jadi, kami benar-benar merancangnya dengan teliti, kami berpegang kepada prinsip itu dan bekerja keras untuk mendapatkan pemain yang sesuai bagi membina skuad yang baik selain berkeupayaan memenangi perlawanan."

⏳ Four days to go.
— Manchester United (@ManUtd) August 3, 2022
? #PhotoOfTheDay#MUFC || @PremierLeague pic.twitter.com/nWpEtuOEtc