Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Erik ten Hag perlu tambah ilmu pengetahuan -- Cristiano Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cr.jpg
Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo, mempercayai bahawa gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, sukar dibina semula jika Erik ten Hag tidak mengambil nasihat daripada orang sekeliling termasuk penolong jurulatih, Ruud van Nistelrooy.

Sebaliknya pemain berusia 39 tahun itu menegaskan The Red Devils perlu diberi perhatian mengenai 'kebangkitan semula' menggunakan ilmu pengetahuan daripada orang yang mempunyai pengalaman luas.

"Jika dia (Ten Hag) mendengar pendapat daripada Ruud van Nistelrooy, maka dia akan mendapat sokongan penuh.

"Bintang ternama seperti Rio Ferdinand, Roy Keane, Paul Scholes, Gary Neville dan bekas pengendali, Sir Alex Ferguson, juga sedia membantunya kerana secara dasar anda tidak boleh membina semula kemegahan kelab tanpa pengetahuan mereka.

 
"Mungkin United tiada potensi besar, namun kami perlu mencuba dan itulah yang seharusnya dikatakan!

Naib juara Perisai Komuniti itu akan berkunjung ke Southampton dalam perlawanan minggu keempat liga, Sabtu ini. 

Advertisement

Must Watch Video