Pengendali Manchester United, Erik ten Hag, yakin mampu menjinakkan Bayern Munich untuk memastikan mereka kekal bersaing dalam kancah Liga Juara-Juara (UCL) Eropah.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika semua peminat mereka mengakui United kini sedang mengharungi musim terburuk mereka dalam kancah Liga Perdana Inggeris selain Liga Juara-Juara.

Malah impian Ten Hag itu dilihat perlu lebih berpaksikan realiti yang sedang dihadapinya di mana United ketika ini sedang mengharapkan keajaiban berlaku untuk kekal bernyawa di Liga Juara-Juara Eropah.

Mereka kini berada di kedudukan tercorot Kumpulan A dengan perlu berdepan dengan Bayern yang sudahpun mengesahkan slot ke pusingan kalah mati dalam perlawanan terakhir selain perlu berdoa agar perlawanan
antara Galatasaray dan Copenhagen sekurang-kurangnya berkesudahan dengan keputusan seri.

Ten Hag sebenarnya menyedari di mana mereka berada ketika ini..

"Saya tidak tahu..tapi apa yang saya ketahui saya tidak pernah berfikir dari sudut negatif. Kami lebih cenderung untuk berfikir secara positif dan kami tahu apa yang perlu dibuat. Kami perlu kekal dalam Liga Juara-Juara eropah," katanya kepada media.

Ten Hag sebelum ini juga mengakui United ketika ini tidak berada pada tahap prestasi terbaik mereka selepas kekalahan memalukan 3-0 di tangan Bournemouth dalam EPL baru-baru ini.

"Pasukan ini memberikan saya harapan...kami jelas tidak konsisten," jelasnya lagi.