Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag, menjawab teka-teki mengenai ketiadaan kelibat Harry Maguire di bangku simpanan ketika mereka tewas 0-2 kepada Tottenham, awal pagi tadi.
Pertahanan England itu menjadi buruan West Ham tetapi memilih untuk menolak lamaran seteru Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan, sebaliknya berikrar merebut posisinya di United.
Ten Hag menamakan dua penjaga gol, awal pagi tadi, sementara Brandon Williams dan Donny van de Beek, juga tidak dipertimbangkan berikutan masa depan ketiga-tiga mereka tidak menentu.
“Dalam sesi persiapan terakhir semalam , Maguire tersisih akibat kecederaan ringan. Jadi selepas 1 September, segalanya boleh berubah tetapi kami memerlukan pemain yang benar-benar mempunyai fokus.
“Saya tidak akan mengatakan pemain yang anda sebutkan, mereka bukanlah begitu tetapi adalah jelas bahawa ketika ini mereka sedang mencari jalan lain.
"Tetapi apabila mereka berada di sini mereka sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap sesi latihan."