Skip to main content

Bola Sepak

Erik ten Hag diminta berundur beri laluan kepada Xabi Alonso

xavi-alonso.jpg

Bekas hos Sky Sports, Richard Keys, membentangkan perancangannya demi kebangkitan Manchester United, yang bermula dengan pemecatan Erik ten Hag. 

The Red Devils kecundang 0-1 di Newcastle dan kedudukan pengurus Belanda itu kian di Old Trafford selain diburukkan lagi dengan masalah disiplin padang oleh pemainnya seperti kejadian melibatkan Antony Martial. 

Begitupun, The Red Devils masih di landasan untuk mencabar kejuaraan dengan lima mata di belakang kelab di tangga keempat, Aston Villa, tetapi tercorot di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL). 

Taktiknya di bahagian serangan mula diragui, lantas nama Xabi Alonso disebut-sebut sebagai calon pengganti yang ideal.

Alonso kini merupakan prospek hangat selepas memacu Bayern Leverkusen ke persada Bundesliga dengan corak permainan yang menarik. 

Justeru, Keys percaya bekas bintang Sepanyol itu sepatutnya ditawarkan kontrak selama lima tahun. 

"Saya sudah memikirkannya semasak-masaknya dan inilah teori saya. 

"Saya ingin berterima kasih kepada pengurus ketika ini.

"Kalau saya tidak mampu mendapatkan khidmat pemain yang dihajati maka saya pasti akan berhijrah.



“Saya memikirkan pemain yang patut Manchester United pancing, mereka kini bukan lagi di kedudukan di mana pemain terbaik sedia menyertai United. 

"Mereka tidak mahu menyertai Manchester United lagi. United tidak mampu menarik minat pemain terbaik kelab lain lagi.

“Pada pandangan saya, Manchester United sepatutnya beralih ke Leverkusen dan harus berkata kepada Xabi Alonso bahawa 'kami mahu anda datang ke Old Trafford. 

"Kami akan menawarkan dana yang besar dan kami akan menjamin anda dengan kontrak lima tahun. Itulah yang Fergie miliki ketika pertama kali datang ke Manchester United."

Advertisement

Must Watch Video