WOLVERHAMPTON WANDERERS 2 CRYSTAL PALACE 0
Gol sendiri Joachim Andersen membantu Wolves mengatasi Crystal Palace 2-0, sekali gus menjauhkan diri daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Kesilapan pertahanan Palace itu, serta jaringan sepakan penalti lewat permainan Ruben Navas, memastikan kemenangan 2-0 Wolves untuk kini dibezakan sembilan mata daripada zon penyingkiran.
Kemenangan itu turut memastikan mereka kini menduduki tangga ke-13 EPL dengan pengutan mata yang sama dengan pasukan di tangga ke-12, Palace, selepas memperoleh tiga kemenangan berturut-turut di laman sendiri tanpa dibolosi.
Rentetan kemenangan itu turut memberikan pasukan bimbingan Julen Lopetegui berkenaan satu platform untuk meneruskan kelangsungan mereka dalam liga divisyen utama itu dan sekiranya keadaan itu kekal sehingga ke penghujung musim ini, mereka akan terus bersaing dalam EPL buat musim keenam berturut-turut.
The Eagles, dalam pada itu, menerima padah berikutan kealpaan yang dilakukan barisan pertahanan mereka untuk menelan kekalahan pertama sejak kepulangan Roy Hodgson selaku pengurus pada bulan lalu.

Advertisement
Jadual
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
11:00 PM
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
10:00 PM
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Selasa, 09 Dis
04:00 AM