Andoni Iraola mengesahkan bahawa Bournemouth telah mengadakan perbincangan dengan Tottenham mengenai perpindahan Dominic Solanke.
Ange Postecoglou bertekad menandatangani penyerang dalam jendela perpindahan ini setelah gagal mencari pengganti sejak pemergian Harry Kane tahun lalu, lantas Solanke sasaran utama mereka.
Laporan kini mencadangkan bahawa kedua-dua kelab itu telah mencapai persetujuan, dengan Spurs bersedia untuk memenuhi klausa pelepasannya bernilai £65 juta (RM366.5j).
Solanke hanya terlpeas sekali dalam kesebelasan utama sepanjang musim lalu, manakala dia merakamkan 19 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada 38 percubaan.
Terdahulu, Iraola mengesahkan perbincangan di antara kelab itu sedang berjalan sambil menekankan betapa besarnya peranan Solanke kepada skuad itu, bukan sahaja disebabkan golnya.
"Saya sedar bahawa perbincangan sedang berjalan," kata pengurus Bournemouth itu dalam sidang akhbar.
"Saya tidak boleh mendedahkan banyak maklumat. Bagi kami, Dom adalah pemain yang sangat penting, tetapi saya tidak boleh memberitahu anda bagaimana ini akan berakhir.
"Mungkin semua orang memberi tumpuan kepada gol yang dijaringkannya. Dia menyumbangkan sebahagian besar gol kami, namun peranannya lebih kepada sekadar jaringan. Dia pemain yang sangat lengkap.
"Saya sudah berkali-kali mengatakannya bahawa dia membantu kami dalam semua fasa permainan. Dia pastinya akan menjadi seorang yang dirindui.
“Dia seorang pemain yang berperanan besar dalam permainan, dia diturunkan dalam kesemua perlawanan musim lalu dan menjaringkan banyak gol, tetapi jika perpindahan ini berlaku, ia sepatutnya melibatkan posisi lain.
"Kami perlu mempercayai pengurusan kelab dan saya pasti mereka akan bersedia menghadapinya."

Training hard ahead of the weekend ? pic.twitter.com/6LBxiemGkc
— AFC Bournemouth ? (@afcbournemouth) August 8, 2024