Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Tayangan skrin besar Liverpool lwn Man United di Plaza Wow Lalaport

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lalaport.jpeg
Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari Ahad bakal menemukan dua seteru hebat antara Liverpool dan Manchester United di Old Trafford.

Astro dengan kerjasama Lalaport bakal menyediakan tayangan skrin besar di Plaza Wow, Lalaport untuk perlawanan yang bakal bermula pada jam 10.30 malam esok.
 
Terdahulu, United mengecewakan Liverpool dalam aksi Piala FA Inggeris pada 17 Mac lalu dengan keputusan 4-3.

Namun momentum tampak memihak kepada skuad kendalian Jurgen Klopp yang baru sahaja menewaskan Sheffield United tatkata United pula tersungkur kepada Chelsea dalam perlawanan dramatik pesta tujuh gol di Stamford Bridge dua hari lalu. 
 
Dengan perseteruan hebat antara dua kelab gergasi EPL ini, keputusan perlawanan pada esok mampu jadi penentu kepada 'mood' penyokong kedua-dua kelab ini bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan kunjung tiba pada 10 April nanti.

Liverpool sudah pasti bertekad untuk memberikan perpisahan terbaik buat Klopp yang bakal mengharungi perlawanan ini buat kali terakhir sebelum tinggalkan The Reds hujung musim ini.

Manakala buat United pula, kemenangan ke atas Liverpool mampu menjadi pengubat luka atau titik tolak kebangkitan kepada prestasi kurang konsisten mereka bagi musim ini.

Jadi, Liverpool atau Manchester United bakal meraikan Aidilfitri dengan lebih gembira?

Apa-apa pun, ayuh semua penyokong Liverpool dan Manchester United kita banjiri tayangan skrin besar di Lalaport!
 

Advertisement

Must Watch Video