EPL
EPL: Steve Cooper kecewa dengan pengadil selepas Forest terikat dengan Brentford
Pengurus Nottingham Gorest, Steve Cooper, berasakan ia satu lagi hari buruk buat Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) selepas beberapa keputusan kontroversi pengadil berlaku ketika pasukannya terikat 1-1 dengan Brentford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground malam tadi.
PGMOL terpaksa merehatkan pegawai keempat, Darren England, daripada terlibat dengan perlawanan itu susulan keputusan kontroversinya membatalkan jaringan Luis Diaz sewaktu Liverpool tewas kepada Tottenham awal pagi semalam.
Lebih buruk buat PGMOL apabila kedua-dua pengurus dalam perlawanan kali ini mempertikaikan keputusan pengadil selepas gol tandukan Nicolas Dominguez, yang memadamkan jaringan pembukaan Christian Norgaard, hadir tidak lama selepas Moussa Niakhate dibuang padang secara kontroversi.
Iklan
Keputusan itu sememangnya mendatangkan ketidakpuasan hati Cooper, yang menegaskan bahawa terjahan yang dilakukan Niakhate ke atas Yoane Wissa sebagai sesuatu yang tidak disengajakan.
Cooper berkata: "Sejujurnya, jika dia tidak melayangkan kad kuning kedua, tiada siapa akan mempertikaikannya. Semua rakan sekerja anda di TV dan radio mengatakan perkara yang sama.
“Dengan ia satu-satunya perlawanan EPL hari ini, PGMOL perlu memastikan ia perlawanan yang bersih dan malangnya, mereka mendapatkan sebaliknya. Kami mahu membantu pengadil, kami akan terus merungut dan merungut seperti orang lain, itulah lumrahnya.
“Kami akan mencuba dan melakukannya dengan penuh rasa hormat tetapi kadangkala ia sukar. Mereka perlu membantu diri mereka sendiri. Saya berasa berang dengan kad kuning yang pertama, dia tidak sepatutnya menerjah masuk seperti itu. Kuning kedua itu pula amat jelas... sudah tentu ia tidak disengajakan.
“Anda memerlukan pemahaman bola sepak untuk melihatnya. Ia adalah permainan dengan sentuhan badan," katanya.
Must-Watch Video